Friday, May 7, 2010

Motorola Technology Corporate Skin Care Class


My Sales Director - Ai Le tengah khusyuk bagi penerangan kepada participants.

Event start pukul 9.30 pagi. Rina janji dengan Anna (my recruiter) pukul 8.30am Rina sampai rumah dia. Tapi disebabkan hal perempuan, Rina keluar rumah pukul 8am. Dah la peak hour time tu, memang tak sempat nak sampai bukit jambul dari air itam dlm masa setengah jam. Rina pun lalu ikut jalan balik pulau walaupun Rina takut nak lalu area tu sbb berbukit2. Akhirnya, sampai jugak la rumah Anna dlm masa setengah jam dalam peak hour. hehehe....

Dah sampai rumah Anna, Rina pun lari terkodek-kodek dengan skirt labuh+high heel sambil duk bawa barang MK dengan bekas besar. Sangat lawak...haha. Kami pun bertolak ke kilang Motorola. Sampai je area FIZ, pening nak cari mana satu kilangnya. Pusing-pusing sampai dah nak dekat pukul 9 baru la jumpa. huhu..

Dah masuk sampai ke reception depan tu, Anna pun call Rosalind(admin yang incharge untuk skin care class ni). So kitorang pun tunggu si Rosalind sambil senyum-senyum dekat orang yang keluar masuk kilang tu. Dah la semua dressing ala-ala korporat.

Setelah lama menunggu dekat reception tu, pengawal yang kat depan tu pun tanya la kami, "Kamu ni semua pasti ke dekat sini atau technoplex." Kami pun tercengang. Ada berapa banyak kilang Motorola dekat sini. Anna pun call si Rosalind lagi sekali to make sure. Tiba-tiba si Rosalind tu cakap kami sepatutnya pergi ke technoplex. Adusssss.....alangkah bengangnya kami semua. Dah la tunggu lama kat reception tu then duk posing ala-ala model tiba-tiba dapat tau salah tempat. Terpaksa la kuar balik dari kilang Motorola tu dan pegi ke satu lagi Kilang Motorola. Nasib baik la bangunannya dekat jugak. Kalau jauh nak kena pusing cari lagi yang mana satu. Ishhhh....

Sampai la kami di kilang Motorola yang betul-betul tempat kami sepatutnya berjumpa dengan Rosalind tu. Nak masuk kilang Motorola ni memang payah jugak la. Sekuriti memang ketat. Segala macam handphone tak boleh bawak masuk(kilang handphone la katakan). Pekerja yang masuk pun kena scan dahi diorang(aku pn tak tau apa function tu). Tapi kami bernasib baik sebab Rosalind tolong adjust supaya kami dapat bawa masuk handphone masing-masing. hehe..
Lepas dah isi segala borang and ikut peraturan kilang tu baru la kami dibawa masuk. Dari pintu masuk sampai nak pegi conference room tu macam perjalanan ke Bukit Bendera. Terpaksa naik tangga then jalan-jalan lepas tu turun tangga pulak. Kami ni semua dengan bawa beg isi produk, handbag lagi, pakai high heels n skirt lagi aduh memenatkan. Patut la yang kerja sini semua pakai sport shoe. hehehe....

Dah sampai conference room tu nasib baik tak semua yang dah masuk. So sempat la kami set up barang dekat meja semua. Memang mencabar sungguh hari ni tapi seronok sebab participant semua sporting and yang penting they enjoy and berminat dengan produk kami.
Sini ada beberapa photo yang Rina ambik sebagai kenangan dan kami akan datang lagi untuk bagi mereka cuba produk yang lain pulak.


My recruiter - Anna tengah bagi participants mencuba produk.

Ni peserta utk Formula 1 Botanical Set. "Mask time. Kena sapu one side dulu nak tengok perbezaan sebelum n selepas."

Ai Le tengah tunjuk perbezaan pada wajah salah sorang peserta lepas sapu mask.

Peserta untuk Formula 2 Botanical Set tengah sapu moisturizer.

Semua peserta enjoy n puas hati dengan produk and ramai yang minat dengan foundation MK yang sangat light teksturnya dan tak rasa berminyak pun.

0 comments: