Sunday, August 8, 2010

Hari Raya Promotion (Dari 16 Ogos - 15 September 2010)


Salam semua..rasanya agak lama saya tak update blog saya ni. Agak sibuk sedikit lately dengan kerja and 'my future life'... :)

Macam mana dengan persediaan untuk bulan Ramadhan yang akan datang 3 hari lagi? Mesti golongan ibu-ibu dekat luar sana dah mula buat persiapan untuk resipi special bulan puasa ni. hehe.. Macam mak saya, kalau bulan puasa mesti ada special menu yg datang dari buku resipi. Kadang-kadang tu resipi Sheila Rusly dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan pun dicubanya. Itulah penangan bulan Ramadhan. Bagi pelajar atau golongan bujang pulak, mesti dah buat persiapan bazar Ramadhan mana yg nak 'ditawaf' bulan Ramadhan ni.hehe.. Apa pun persediaan kita, jangan lupa untuk ke Solat Terawih yg mempunyai hikmah di setiap malamnya. Kadang-kadang tu puasa penuh tapi solat terawih tak penuh(ni didedikasi untuk saya jugak..hehe).

Sempena ketibaan bulan Syawal yang bakal menjelma, Mary Kay mengadakan promosi Hari Raya yg bermula 16 Ogos hingga 15 September. Untuk keterangan lanjut, sila lihat butiran/lampiran di bawah.

Atas: Limited-Edition Romantic Petals Gift Set. Buy 1 and get another 1 for free..
Bawah Kiri: Warm Amber Set. Buy 1 Warm Amber EDT and get Warm Amber Body Lotion for free.
Bawah Kanan: Lip Nectar Set. Buy 1 Lip Nectar in Passion Fruit and get 1 Lip Nectar in Mango.



Saya tahu gambar di atas agak kecil and susah utk dibaca. Any enquiries, do not hesitate to ask me. (rina_ismail@ymail.com / www.facebook.com/rinaismail / 0122041606)

Akhir kata dari saya, berpuasalah mengikut hukum dan bukan mengikut nafsu.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. :)

Continue reading...

Friday, May 28, 2010

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Perniagaan Mary Kay


Pernahkah anda terfikir apa yang anda mahu capai di dalam hidup anda? Adakah bekerja 8 jam sehari, 5 kali seminggu dan hidup dalam keadaan yang selesa sahaja mencukupi buat anda? Tidakkah anda inginkan kehidupan yang lebih sempurna?

Bayangkan satu situasi: Anda memberi tusyen kepada anak semenjak di sekolah rendah supaya mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Tetapi apabila mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik anda berkata "Ibu tak mampu menampung perbelanjaan kamu sayang. Anda seperti menyekat perkembangan minda mereka yang belum matang. Tidakkah anda ingin berkata "Pergilah sayang. Ibu akan membayar untuk kesemuanya." Adakah anda ingin membebankan hidup anak-anak anda dengan hutang PTPTN hanya kerana anda tidak mampu menampung perbelanjaan pendidikan mereka.

Di MK, peluang anda untuk berjaya tidak terbatas. Menjadi sebahagian daripada komuniti Peunding Kecantikan Bebas MK menawarkan masa yang fleksibel. Teknologi terkini, persahabatan dan sokongan daripada sebuah komuniti usahawanita perangsang semangat yang sehaluan. Potensi keuntungan tidak terbatas, dan tentu sekali produk canggih dan berkualiti yang tiada tandingan. So, what are you waiting for.
Continue reading...

Friday, May 7, 2010

Motorola Technology Corporate Skin Care Class


My Sales Director - Ai Le tengah khusyuk bagi penerangan kepada participants.

Event start pukul 9.30 pagi. Rina janji dengan Anna (my recruiter) pukul 8.30am Rina sampai rumah dia. Tapi disebabkan hal perempuan, Rina keluar rumah pukul 8am. Dah la peak hour time tu, memang tak sempat nak sampai bukit jambul dari air itam dlm masa setengah jam. Rina pun lalu ikut jalan balik pulau walaupun Rina takut nak lalu area tu sbb berbukit2. Akhirnya, sampai jugak la rumah Anna dlm masa setengah jam dalam peak hour. hehehe....

Dah sampai rumah Anna, Rina pun lari terkodek-kodek dengan skirt labuh+high heel sambil duk bawa barang MK dengan bekas besar. Sangat lawak...haha. Kami pun bertolak ke kilang Motorola. Sampai je area FIZ, pening nak cari mana satu kilangnya. Pusing-pusing sampai dah nak dekat pukul 9 baru la jumpa. huhu..

Dah masuk sampai ke reception depan tu, Anna pun call Rosalind(admin yang incharge untuk skin care class ni). So kitorang pun tunggu si Rosalind sambil senyum-senyum dekat orang yang keluar masuk kilang tu. Dah la semua dressing ala-ala korporat.

Setelah lama menunggu dekat reception tu, pengawal yang kat depan tu pun tanya la kami, "Kamu ni semua pasti ke dekat sini atau technoplex." Kami pun tercengang. Ada berapa banyak kilang Motorola dekat sini. Anna pun call si Rosalind lagi sekali to make sure. Tiba-tiba si Rosalind tu cakap kami sepatutnya pergi ke technoplex. Adusssss.....alangkah bengangnya kami semua. Dah la tunggu lama kat reception tu then duk posing ala-ala model tiba-tiba dapat tau salah tempat. Terpaksa la kuar balik dari kilang Motorola tu dan pegi ke satu lagi Kilang Motorola. Nasib baik la bangunannya dekat jugak. Kalau jauh nak kena pusing cari lagi yang mana satu. Ishhhh....

Sampai la kami di kilang Motorola yang betul-betul tempat kami sepatutnya berjumpa dengan Rosalind tu. Nak masuk kilang Motorola ni memang payah jugak la. Sekuriti memang ketat. Segala macam handphone tak boleh bawak masuk(kilang handphone la katakan). Pekerja yang masuk pun kena scan dahi diorang(aku pn tak tau apa function tu). Tapi kami bernasib baik sebab Rosalind tolong adjust supaya kami dapat bawa masuk handphone masing-masing. hehe..
Lepas dah isi segala borang and ikut peraturan kilang tu baru la kami dibawa masuk. Dari pintu masuk sampai nak pegi conference room tu macam perjalanan ke Bukit Bendera. Terpaksa naik tangga then jalan-jalan lepas tu turun tangga pulak. Kami ni semua dengan bawa beg isi produk, handbag lagi, pakai high heels n skirt lagi aduh memenatkan. Patut la yang kerja sini semua pakai sport shoe. hehehe....

Dah sampai conference room tu nasib baik tak semua yang dah masuk. So sempat la kami set up barang dekat meja semua. Memang mencabar sungguh hari ni tapi seronok sebab participant semua sporting and yang penting they enjoy and berminat dengan produk kami.
Sini ada beberapa photo yang Rina ambik sebagai kenangan dan kami akan datang lagi untuk bagi mereka cuba produk yang lain pulak.


My recruiter - Anna tengah bagi participants mencuba produk.

Ni peserta utk Formula 1 Botanical Set. "Mask time. Kena sapu one side dulu nak tengok perbezaan sebelum n selepas."

Ai Le tengah tunjuk perbezaan pada wajah salah sorang peserta lepas sapu mask.

Peserta untuk Formula 2 Botanical Set tengah sapu moisturizer.

Semua peserta enjoy n puas hati dengan produk and ramai yang minat dengan foundation MK yang sangat light teksturnya dan tak rasa berminyak pun.
Continue reading...

Applause May 10 Issue


Applause keluaran bulan May dah ada. Banyak yang menarik..antaranya......

Sunshine Yellow Tote Bag free utk setiap pembelian 600 points.
Hari Ibu bakal menjelma Ahad ni..Hari Bapa pun akan tiba. Apa kata anda hadiahkan sesuatu untuk mereka sebagai tanda penghargaan kerana dengan setiap pembelian yg tertentu anda akan mendapat hadiah PERCUMA dari MK. Saya dah pun dapat barang percuma saya iaitu Honey Suckle Eau de Toilet yang saya hadiahkan kepada mak saya. Wangi....i dah try.pinjam guna..hehe


Raikan ulang tahun MK yg ke-47 dengan Produk PERCUMA! Berbaloi-baloi....:)
Continue reading...

Sunday, May 2, 2010

Mother's Day Free Skin Care Class





Semalam my Director conduct a free skin care class utk ibu-ibu sempena Hari Ibu yang akan datang minggu depan. Beauty Workshop ni diadakan di Heritage Hotel Penang. Ramai jugak yang datang and ada yang bukan ibu pun datang kerana mereka ingin mencuba sendiri produk ni. Falsafah MK adalah untuk memberi pelanggan nya mencuba sendiri produk sblm membeli untuk memastikan mereka sesuai dengan produk yg dibeli.




Beauty Workshop ni diadakan untuk memberi pengajaran percuma kepada ibu-ibu supaya mereka dapat mempelajari cara dan kaedah yang betul untuk menjaga kulit mereka. Walaupun menjadi suri rumah tapi penjagaan kulit perlu diambil berat untuk mengambil hati suami. :)


Bila program dah habis, ramai jugak ibu-ibu yang join untuk menjadi beauty consultant MK kerana mereka percaya MK boleh menjana pendapatan mereka. Lagipun buat skin care class dekat rumah je bukan susah mana..hehe.. Thank for believing in MK. Semoga kita sama-sama berjaya dengan MK.
Continue reading...

Sunday, April 25, 2010

ESRS 23-24 April 2010


First time nak enter ESRS ni takut jugak sebab takut takde geng or nanti semua yang attend tu pandai dalam hal2 skin care ni. Tapi bila dah merasa kelas 2 hari ni, memang sangat puas hati and very informative. The best part is i got to know many new friends and the class was so exciting. Yang conduct class pun so enthusiasm and sporting. Thanx to Ai Le and Selina. Rasanya there's no boring part at all. Here are some photos during the class. For those who their photo is here, i'm sorry k and hope y'all don't mind. ;)

model dari MAS..Thipa


My sales director, Ai Le.


ni pulak model botanical produk..Danice and Jennie..


Ai Le tengah bagi penerangan untuk bakal2 RJU..hehe

Graduate from ESRS. Yang berbaju putih tu Senior Sales Director, Selina.

Finally...Ai Le n I. I am MK Independent Beauty Consultant.
Continue reading...

LIP CARE TREATMENT


Mempunyai bibir yang merekah atau bibir yang kering, boleh lah mencuba Lip Treatment dengan hanya RM25 sahaja.


Continue reading...